My pages

Thursday, December 23, 2010

Pos susulan video palsu atau benar.

  Pengklonan subjek, dalam kes ini subjek diguna pakai adalah anak lelaki tunggal saya. Teknik komposisi "layer upon layer" video ini  terhasil dari teknik masking.. (bukan topeng ye) dengan constant lighting dan atur letak video kamera yg betul (pegun) dengan menggunakan tripod. Mudah-mudahan dapat menghasilkan kesan video yang diinginkan (Make believe at best effort).

  Lakukan satu scene shot panjang tidak ada cutscene dengan camera anda.. apa yang saya bebel ni? tak faham? maksud saya... tekan butang record video mode anda dan biar ia terakam selama tempoh yang anda inginkan tanpa ada rakam semula, kerana yang penting adalah ketika proses suntingan (Editing) nanti. Tidak perlu risau perspektif subjek, selagi kamera pegun dan tidak bergerak,. Pastikan juga subjek, tidak berada pada satu tempat sahaja. ini adalah crucial part untuk proses2 editing nanti. Jika subjek overlap pada subjek lain ini akan menentukan susah senang kerja-kerja yang akan dilakukan.

Video beberapa saat ini terhasil dari kerja editing beberapa jam..dan boleh memakan masa beberapa hari kalau malas.. mcm saya..  :P

Berikut petikan screenshot kerja2 editing:




Perisian yang digunakan: adobe after effect cs4.
kamera video: canon ixus 80IS
tripod: cikai punya..

untuk tutorial yang lebih padat: http://www.creativecow.net  atau http://www.videocopilot.net

No comments:

Post a Comment

keep the comment clean we may have kids around :)