My pages

Tuesday, November 16, 2010

Beranak-pinak di atas kayangan..

  Misteri bunyi bising dan bunyi cakaran di syilling rumah hamba akhirnya sudah terungkai, setelah agak lama bunyi-bunyian cakaran itu menjadi tanda tanya dan menjadi kegelisahan anak-anak hamba..Namun dalam benak fikiran hamba, ia mungkin hanya segelintir burung-burung merpati menjadikan tempat "persinggahan". Itulah yang peliknya sebelum ini tiada pula kedengaran bunyi suara haiwan-haiwan atau makhluk-makhluk yang tak perlulah hamba sebut.. :D. tapi sekurang-kurangnya bolehlah hamba teka kan?

  Akhirnya misteri ini terjawab dengan terjumpanya seekor makhluk kecil yang comel iaitu anak kucing yg agak normal dan sihat tetapi dalam ketakutan di dalam bilik mesin basuh, hamba mengesyaki anak kucing tersebut telah jatuh melalui "gap" lubang paip main (lihat gambar). 


  Ini mendorong hamba untuk menjalankan penyiasatan lebih drastik ke atas syilling rumah hamba dan didapati rupanya ada beberapa ekor lagi anak kucing sedang bermain di atas syilling rumah hamba.. 


Agak menarik juga kerana.. ibu kucing dan anak-anak kucing tersebut boleh hidup dengan baik dan sihat, terutamanya anak-anak kucing. Jika difikirkan.. rumah hamba adalah apartment dan tingkat teratas sekali.. Naik lift ke?




Adakah ini bermakna.. ibu kucing agak kental mencari makanan di tempat lain, seterusnya untuk menyusukan anak-anaknya, dan tidak pernah ada kes kehilangan makanan di rumah hamba. sekiranya diambil kira faktor akses kepada makanan, faktor ketinggian diantara lantai dan syilling rumah hamba yang agak tinggi lebih kurang 11-12 kaki ditambah pula tiada tempat utk memanjat dan turun dalam rumah hamba,  Hamba rasa insaf dan terharu bila memikirkan seekor binatang yang sanggup melakukan apa saja demi anak-anaknya. Namun ada juga bermain difikiran hamba.. "pandai juga anak-anak kucing dan ibunya "menjaga line" sebelum ini dengan tidak bersuara, supaya tidak kedengaran oleh hamba :D.  "



*Sampai sekarang hamba masih dalam proses "negotiate" dengan anak-anak untuk membela kucing-kucing tersebut. :)

No comments:

Post a Comment

keep the comment clean we may have kids around :)