Salam semua,
    Terlebih dahulu kami ingin  mengucapkan terima kasih kerana berminat dengan ruangan yang  disediakan, dan mohon maaf jika ada kelewatan atau keralatan berhubung  perkara ini. Kami juga bekerja dan berjuang seperti saudara-saudari  sekalian. Harapan kami, jika ada cadangan atau kemusykilan dapatlah agar  kita sama-sama memperbaiki. berikut adalah senarai harga dan jenis  ruang yang disediakan oleh kami.
JENIS-JENIS KATEGORI RUANG YANG DIBUKA UNTUK PENGIKLANAN:
============================================================
1) 
ZONE A (atas): 728x90 pixel RM150 sebulan (format animate GIF)
2) 
ZONE B (tepi): size 248x85 pixel RM30 sebulan (format jpg atau gif) 
3) 
ZONE C (bawah): 728x90 pixel RM100 sebulan (format animate GIF)
* 
Borang pertanyaan & permohonan ONLINE 
* sila lihat contoh sebenar pada laman web www.mazidulakmal.com


CARA - CARA MEMOHON UNTUK BERIKLAN DI RUANGAN INI:
==============================
=======================
Sila beri maklumat berikut:
- Nama Pemohon: 
- No Telefon ATAU email:
- Jenis Perniagaan / Nama Syarikat / Perkhidmatan / Produk:
- Link ke laman web atau blog produk yang diingini:
LEBIH MUDAH JIKA ANDA ISI PERMOHONAN ONLINE DI SINI
Sila pastikan maklumat lengkap untuk memudahkan urusan.
Pembinaan Banner:
- Perkataan: *Sila nyatakan perkataan  yang ingin digunakan di dalam banner anda. Pastikan catchy dan tidak  terlalu panjang agar sesuai dengan saiz banner pilihan anda.
- Imej: *sila email gambar / logo yang diinginkan pada banner anda ke sabil@precisioncoretech.com
- * JIKA anda sudah mempunyai banner anda sendiri dan  mahu menggunakan banner tersebut, sila nyatakan URL/LINK ke banner iklan  itu untuk review (mesti mengikut kategori saiz pixel yang ditetapkan di  atas)
 
Pembayaran:
Jika telah bersetuju dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan:
Pembayaran boleh dibuat kepada:
Meor Syansabil Mokhtar: (
Maybank: 1627 5906 1519)
- Sila nyatakan tarikh dan masa pembayaran dibuat:
- Kaedah pembayaran: Auto Deposit Machine / Internet Transfer (bersama reference number) / Counter Services / etc
Terma Pengiklanan:
- Sebelum tampalan iklan dibuat, kami akan memeriksa terlebih dahulu saiz compression banner anda agar saiznya tidak  keterlaluan. Ini penting supaya laman web Bersama Mazidul tidak mengambil masa muat turun (loading)  yang lama. Jika terlalu besar, kami akan edit semula atau kerja edit dilakukan oleh  pihak anda sendiri (pengiklan yang menggunakan banner sendiri).
- Pastikan  link ke laman web anda aktif dan berfungsi jika anda mempunyai server  simpanan kepada banner anda sendiri, Walaubagaimanapun kami juga  menyediakan ruang penyimpanan untuk banner anda melalui server kami  percuma untuk pengiklan. anda hanya perlu email banner atau jpg/gif anda  kepada kami mengikut saiz yang ditetapkan seperti tertera di atas.
- Kami cuba meminimumkan animasi iklan untuk Zone A dan Zone C supaya tidak mengganggu pembaca-pembaca blog. Zone B  tiada masalah kerana ia adalah JPG/GIF statik, Kami mengutamakan  maklumat dan informasi yang dapat membantu trafik pembaca ke laman web  perniagaan anda.
- Iklan yang telah tamat tempoh jika tidak diperbaharui pada tempoh tertentu akan ditamatkan dan dibuka kepada pengiklan lain.
 
- Kandungan dan imej banner perlulah mengikut garis  panduan sebagai Rakyat Malaysia yang bermoral, tidak ada unsur-unsur  perkauman, sebarang imej lucah atau imej seksual keterlaluan (kecuali  unsur perubatan moden atau tradisonal yang melibatkan seks tidak  keterlaluan dibenarkan), serangan politik, unsur-unsur serangan  peribadi, DAN jika didapati berlaku sedemikian, kami akan membatalkan  penyertaan anda.
- Disebabkan ruang terhad, kami  memperuntukkan satu ruang untuk satu jenis iklan supaya dapat memberi  peluang kepada pengiklan lain. Walaubagaimanapun kami membenarkan satu  syarikat dengan 2 jenis perkhidmatan berbeza untuk beriklan.
 
- Jika anda tiada link ke laman web atau blog, anda boleh meletak contact info  pada banner seperti email, alamat atau nombor telefon ( kami tidak  bertanggungjawab ke atas sebarang kemungkinan yang boleh berlaku kepada  pengiklan seperti panggilan palsu atau sebagainya )
 
Terima kasih semoga penjelasan ini dapat membantu  kemusykilan atau sebarang soalan berbangkit berhubung ruang pengiklanan  di Mazidulakmal.com : Diharap dengan ini juga kita dapat meningkatkan  trafik ke laman web serta perniagaan anda..
Yang Benar,
Sabil Mokhtar
sabil@precisioncoretech.com