My pages

Saturday, September 24, 2011

Warna Warni Hitam Putih Dunia Allahyarham P.Ramlee

Teringat ketika masih kanak-kanak ketika menonton filem P.Ramlee, aku pernah bertanya kepada ibu... "umi, kenapa orang dulu-dulu tak ada warna?" ibu hanya ketawa dan menjelaskan perkara sebenar.. namun jauh disudut hati, teringin rasanya melihat filem-filem P.Ramlee kegemaran aku ketika itu di dalam warna sebenar.. aku mula membayangkan warna-warna yang mungkin wujud ketika itu .. serta timbul juga persoalan seperti.. "warna apa agaknya baju saloma?", "warna apa baju koboi adik cikgu norkiah pakai tu?" "apa agaknya warna badan jin dalam filem ahmad albab?" Namun aku akhirnya akui keindahan filem-filem lama bukan terletak pada warna, tetapi kehidupan-kehidupan watak yang diwarnai pelakon-pelakon hebat pada ketika itu...

Kini masa berlalu, dan dengan berbekalkan sedikit pengetahuan dunia grafik... inilah hasil-hasil untuk dikongsi bersama.. :)





gambar asal hitam putih di atas ini diperolehi dari blog Writing by Amir terima kasih dan kudos untuk amir kerana telah scan gambar ini dengan resolusi tinggi dan jelas.. amat menyeronokkan untuk kerja-kerja editing warna.. :)


Thursday, February 17, 2011

Maklumat ruang iklan di mazidulakmal.com

Salam semua,

    Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kerana berminat dengan ruangan yang disediakan, dan mohon maaf jika ada kelewatan atau keralatan berhubung perkara ini. Kami juga bekerja dan berjuang seperti saudara-saudari sekalian. Harapan kami, jika ada cadangan atau kemusykilan dapatlah agar kita sama-sama memperbaiki. berikut adalah senarai harga dan jenis ruang yang disediakan oleh kami.


JENIS-JENIS KATEGORI RUANG YANG DIBUKA UNTUK PENGIKLANAN
:
============================================================

1) ZONE A (atas): 728x90 pixel RM150 sebulan (format animate GIF)

2) ZONE B (tepi): size 248x85 pixel RM30 sebulan (format jpg atau gif)

3) ZONE C (bawah): 728x90 pixel RM100 sebulan (format animate GIF)

* Borang pertanyaan & permohonan ONLINE

* sila lihat contoh sebenar pada laman web www.mazidulakmal.com


CARA - CARA MEMOHON UNTUK BERIKLAN DI RUANGAN INI:
=====================================================

Sila beri maklumat berikut:
  • Nama Pemohon:
  • No Telefon ATAU email:
  • Jenis Perniagaan / Nama Syarikat / Perkhidmatan / Produk:
  • Link ke laman web atau blog produk yang diingini:
LEBIH MUDAH JIKA ANDA ISI PERMOHONAN ONLINE DI SINI
Sila pastikan maklumat lengkap untuk memudahkan urusan.

    Pembinaan Banner:


    • Perkataan: *Sila nyatakan perkataan yang ingin digunakan di dalam banner anda. Pastikan catchy dan tidak terlalu panjang agar sesuai dengan saiz banner pilihan anda.
    • Imej: *sila email gambar / logo yang diinginkan pada banner anda ke sabil@precisioncoretech.com
    • * JIKA anda sudah mempunyai banner anda sendiri dan mahu menggunakan banner tersebut, sila nyatakan URL/LINK ke banner iklan itu untuk review (mesti mengikut kategori saiz pixel yang ditetapkan di atas)

    Pembayaran:

    Jika telah bersetuju dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan:

    Pembayaran boleh dibuat kepada:

    Meor Syansabil Mokhtar: (Maybank: 1627 5906 1519)

    • Sila nyatakan tarikh dan masa pembayaran dibuat:
    • Kaedah pembayaran: Auto Deposit Machine / Internet Transfer (bersama reference number) / Counter Services / etc


    Terma Pengiklanan:

    • Sebelum tampalan iklan dibuat, kami akan memeriksa terlebih dahulu saiz compression banner anda agar saiznya tidak keterlaluan. Ini penting supaya laman web Bersama Mazidul tidak mengambil masa muat turun (loading) yang lama. Jika terlalu besar, kami akan edit semula atau kerja edit dilakukan oleh pihak anda sendiri (pengiklan yang menggunakan banner sendiri).
    • Pastikan link ke laman web anda aktif dan berfungsi jika anda mempunyai server simpanan kepada banner anda sendiri, Walaubagaimanapun kami juga menyediakan ruang penyimpanan untuk banner anda melalui server kami percuma untuk pengiklan. anda hanya perlu email banner atau jpg/gif anda kepada kami mengikut saiz yang ditetapkan seperti tertera di atas.
    • Kami cuba meminimumkan animasi iklan untuk Zone A dan Zone C supaya tidak mengganggu pembaca-pembaca blog. Zone B tiada masalah kerana ia adalah JPG/GIF statik, Kami mengutamakan maklumat dan informasi yang dapat membantu trafik pembaca ke laman web perniagaan anda.
    • Iklan yang telah tamat tempoh jika tidak diperbaharui pada tempoh tertentu akan ditamatkan dan dibuka kepada pengiklan lain.
    • Kandungan dan imej banner perlulah mengikut garis panduan sebagai Rakyat Malaysia yang bermoral, tidak ada unsur-unsur perkauman, sebarang imej lucah atau imej seksual keterlaluan (kecuali unsur perubatan moden atau tradisonal yang melibatkan seks tidak keterlaluan dibenarkan), serangan politik, unsur-unsur serangan peribadi, DAN jika didapati berlaku sedemikian, kami akan membatalkan penyertaan anda.
    • Disebabkan ruang terhad, kami memperuntukkan satu ruang untuk satu jenis iklan supaya dapat memberi peluang kepada pengiklan lain. Walaubagaimanapun kami membenarkan satu syarikat dengan 2 jenis perkhidmatan berbeza untuk beriklan.
    • Jika anda tiada link ke laman web atau blog, anda boleh meletak contact info pada banner seperti email, alamat atau nombor telefon ( kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemungkinan yang boleh berlaku kepada pengiklan seperti panggilan palsu atau sebagainya )


    Terima kasih semoga penjelasan ini dapat membantu kemusykilan atau sebarang soalan berbangkit berhubung ruang pengiklanan di Mazidulakmal.com : Diharap dengan ini juga kita dapat meningkatkan trafik ke laman web serta perniagaan anda..


    Yang Benar,
    Sabil Mokhtar
    sabil@precisioncoretech.com

    Sunday, January 16, 2011

    Door knob with thumb recognition system

    Door knob with interesting safety.. Is it theft proof? I don't think so..but it sure look great anyhow.. With auto slider keypad when push, Glowing red thumb base.. Blue led indicator.. Fiction lifestyle.. Instead.. a chances to become a house target for burglary.. Greater. :)
    Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone